Perkongsian Dakwah

0 comments
Baru-baru ini salah seorang daripada ahli GAPSS telah menghadiri Seminar Kefahaman Islam (maaf, tidak dinyatakan anjuran siapa) di UIAM Gombak, dan beliau telah merakamkan segala pengalaman dan perkongsian ilmunya di blognya. Berikut adalah artikel mengenai seminar tersebut.




Beberapa hari kebelakangan ini, saya sedikit sibuk dengan permulaan semester yang baru. Walaupun baru minggu pertama semester pendek di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini, disebabkan ianya ‘semester pendek’ (hanya mempunyai masa 7 minggu), maka tempoh masa kuliah menjadi dua kali ganda berbanding sebelumnya. Lebih-lebih lagi mengambil dua core subjects yang semestinya tidak ringan untuk dihadapi.


Walaupun demikian, Allah SWT tetap mengurniakan kepada diri yang lemah ini kesempatan demi kesempatan untuk terus menimba ilmu di luar bilik kelas. Sesampainya sahaja di kampus Petaling Jaya, malamnya ada kuliah mingguan kitab hadis Riyadh as-Solihin oleh Ustaz Abdul Hamid di Masjid Kolej Islam Malaya. Rabu yang lalu pula, kuliah akidah di masjid yang sama oleh Ustaz Mohd. Ali Tuah.


Dari kiri: Ustaz Abdul Hamid, Ustaz Mohd. Ali Tuah

Demikian juga majlis talaqi pada Khamis yang lalu. Amat merindui gema suara pencinta-pencinta ilmu melantunkan qasidah memuji Rasulullah SAW (lebih elok daripada berbual kosong dengan sahabat tanpa manfaat atau mendengar lagu-lagu yang lagha) sementara menunggu kedatangan Ustaz Muhadir. Amat merindui kata-kata yang keluar dari lidah Ustaz Muhadir: cukup tenang, fasih dan mudah difahami dengan gaya yang lebih bernada kasih sayang.

Belajar Cakap Sabah. =D

0 comments
Oleh: Nuralim Mohd. Talawi


     Entah sampai bila bosan nak menyerang diri ini. Setiap kali dia datang, mesti aku macam ni. Masuk bilik, buka laptop dan mula menaip.



“BOSAN, pergi kau dari sini, tak habis-habis nak kacau aku. Kau bukan tak tahu yang aku tak suka kat kau. Buat apa lagi datang tempat aku?? Nyah kau dari sini…pergi!!!”


...krik...krik...krik...
(bunyi cengkerik)

Ada apa dengan post kali ini??

“ada apa bha dengan post kali ini?”

Musibah bencana: antara keinsafan dengan simpati

0 comments
Oleh: Lukhman Abdul Taib
lukhman.taib@yahoo.com.my







Kejadian tsunami yang menimpa negara Jepun beberapa hari yang lalu menggegarkan dunia buat kali kedua. Disifatkan sebagai tsunami yang terburuk dengan gegaran gempa bumi berukuran 8.9 skala Ritcher, tsunami tersebut dalam sekelip mata memusnahkan segala ciptaan manusia yang berdekatan.

Terlalu banyak hikmah yang dapat kita perhatikan dan ambil iktibar setiap kali berlakunya bencana alam yang memusnahkan kehidupan sebahagian insan di muka bumi. Banyak udang banyak garam, demikianlah manusia: banyak orang banyak ragamnya.

Kegagalan untuk memahami dan mengambil iktibar merupakan salah satu petanda butanya hati kita. Sebagaimana firman Allah SWT:


“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.” (Surah al-Hajj ayat 46)


Annual Grand Dinner GAPSS

0 comments
Sempat me-macho-kan diri semasa makan.

Abang Izzudin, kenapa makan garfu sekali? Hehe. :D

Antara membimbing perasaan dengan melayan perasaan

0 comments
Oleh: Lukhman Abdul Taib
lukhman.taib@live.iium.edu.my




Masa beredar tiada siapa mampu menghalang. Dari usia yang muda, seorang kanak-kanak perlahan-lahan menginjakkan diri ke fasa remaja. Seorang remaja perlahan-lahan menginjakkan diri ke dunia dewasa. Dalam perjalanan itu, tidak ringan jalan yang ditempuh.

Gelora nafsu adalah antara mehnah yang harus ditempuhi oleh setiap remaja. Mahu ataupun tidak, itulah ketentuan yang harus dihadapi oleh setiap pemuda. Jiwa yang muda begitu bersemangat dan berkobar-kobar. Dan, pada titik inilah kita semua mengenal apakah itu perasaan cinta.

Inilah titik yang amat kritikal dalam dunia remaja. Sesiapa yang mampu melepas titik kritikal ini, maka beruntunglah mereka apabila dewasa. Sesiapa yang tewas, perjalanan mereka seterusnya dirasakan sukar sekali. Hanya iman dan ilmu di dada mampu menjadi teman terbaik dalam menempuh titik kritikal ini.


Ahli Jawatankuasa GAPSS 2010/2011

0 comments
Presiden
Mohd Akram bin Abdurasid (Sabah)

Timbalan Presiden
Suhailah binti Sulaiman (Sabah)

Setiausaha

Timbalan Setiausaha
Amanina binti Matali (Sarawak)

Bendahari
Nor Ajlaa binti Abdul Khalik (Sabah)

Biro Dakwah dan Tarbiyyah (D & T)
Zulaika binti Mohamad Sade (Sabah)

Sekapur Sireh

0 comments
الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفروه، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضلل له ومن يضلل فلا هادي له. أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله. صلى الله وسلم على سيد الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين. أما بعد

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat datang ke laman web Gabungan Pelajar Sabah dan Sarawak, atau dikenali dengan singkatan GAPSS. Suatu laman khas untuk pelajar-pelajar Islam dari Sabah dan Sarawak yang melanjutkan pelajaran ke Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), sama ada yang masih berada di situ ataupun yang sudah pun meninggalkan Pusat Asasi.

Tujuan utama laman ini dibina ialah untuk mengumpulkan ahli-ahli GAPSS ke dalam suatu laman yang membolehkan mereka senantiasa up-to-date mengenai perkembangan yang berlaku di CenFoS (Centre for Foundation Studies) UIAM, sama ada berkenaan dengan UIAM sendiri mahupun bersangkut paut dengan pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak.

Ingin ditegaskan, laman ini bukan bertujuan untuk memupuk semangat kenegerian. Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada hal ini berlaku. Sebaliknya lebih kepada perkongsian maklumat, khususnya mengenai usrah yang dijalankan, juga sebagai medan perbincangan antara ahli GAPSS (khususnya mengenai tiket balik ke Borneo), yang mana sukar dilakukan jika dilakukan dalam laman web yang lebih umum keahliannya (merangkumi keseluruhan Malaysia).

Semoga laman ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, dan memberikan manfaat buat para ahli GAPSS, insya-Allah.

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، والحمد لله رب العالمين.