Mukadimah


الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفروه، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضلل له ومن يضلل فلا هادي له. أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله. صلى الله وسلم على سيد الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين. أما بعد

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat datang ke laman web Gabungan Pelajar Sabah dan Sarawak, atau dikenali dengan singkatan GAPSS. Suatu laman khas untuk pelajar-pelajar Islam dari Sabah dan Sarawak yang melanjutkan pelajaran ke Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), sama ada yang masih berada di situ ataupun yang sudah pun meninggalkan Pusat Asasi.

Tujuan utama laman ini dibina ialah untuk mengumpulkan ahli-ahli GAPSS ke dalam suatu laman yang membolehkan mereka senantiasa up-to-date mengenai perkembangan yang berlaku di CenFoS (Centre for Foundation Studies) UIAM, sama ada berkenaan dengan UIAM sendiri mahupun bersangkut paut dengan pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak.

Ingin ditegaskan, laman ini bukan bertujuan untuk memupuk semangat kenegerian. Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada hal ini berlaku. Sebaliknya lebih kepada perkongsian maklumat, khususnya mengenai usrah yang dijalankan, juga sebagai medan perbincangan antara ahli GAPSS (khususnya mengenai tiket balik ke Borneo), yang mana sukar dilakukan jika dilakukan dalam laman web yang lebih umum keahliannya (merangkumi keseluruhan Malaysia).

Semoga laman ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, dan memberikan manfaat buat para ahli GAPSS, insya-Allah.

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، والحمد لله رب العالمين.